I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 15, 2011

Boneca- Tunjukkan aku

Lirik Lagu Tunjukkan Aku
Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis
Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?
Oh…
*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku
Chorus:
Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu
(Repeat *)
(Repeat chorus 2x)
Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Tuhan, tunjukkan aku

Lirik by iedin hasni,..

Saturday, March 5, 2011

Merajuk?? bagaimana nak pujuk??

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. CemburuYa, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Apa itu cinta

5/3/2011

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.
Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Cinta Itu MenaklukiSifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu HidupCinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Thursday, March 3, 2011

Perbezaan manusia ketika menuntut ilmu

hi,,, Nak tau x kita ni ade 3 krekter care blajar, kangkadang seseorang 2 berbeza2 dpd kita. Ade yg rajin, ade yang pandai. Kita ni terbahagi kepade 3 jenis iaitu seorang yang AUDITORI, VISUAL, KINESTATIK. Ape itu?? ha3,, Sekarang aq nk terang kan satu persatu k.... Bagi orang yang jenis Auditori, mereka belajar dengan melalui pendengaran. Jadi mereka akan membaca dengan kuat untuk menghafal sesuatu nota yang diberi oleh cikgu. Tetapi seorang yang auditori, meraka akan tergangu dengan suasana bising ketika mereka cuba menghafal.

   Selain daripada Auditori, terdapat juga manusia Visual. Seorang yang Visual, mereka akan menghafal sesuatu dengan melihat sahaja. Tetapi mereka akan melihat contoh nota yang kemas sahaja. Seorang yang Visual ini, kelemahannya ialah mereka mudah lupa apabila mereka cube menghafal.

   Dan yang terakhir sekali, seorang Kinestatik. Iaitu melalui perbuatan, Merka lebih mudah apabila mereka belajar sambil berjalan dan melakukan pergerakan. Tak heran la kadang kala kita melihat kangkawan kita menghafal sesuatu sambil berjalan ( macam orang gile ).. Seorang yang kinestatik ni, mereka kurang sesuai apabila mereka melakukan study grup..

   Sekarang aq nk cerita pasal kerja yang sesuai bagi mereka2 yang mempunyai ciri2 tersebot. Seorang Auditori sesuai berkerja di pejabat, Mereka amat mahir apabila mereka melakukan analisis dan telikomunikasi. Berbanding pula dengan seorang Visual. Mereka sesuai bekerja di bahagian pendidikan, maklumat, dan perubatan. Ini kerana mereka akan mengigat setiap perlakuan yang dibuat. Kerja yang paling sesuai skali ialah Kerani. Dan yang terakhir skali ialah Kinestatik. Sesuai bekerja sebagai seorang rekaan pengiklanan dan pelancongan. Mereka akan lebih banyak bergerak. Percayalah seorang kinestatik tidak sesuai duduk diam sahaja..

Novel fom5 2011 negeri Johor

KABUS DI PERBUKITAN


KETABAHAN SEORANG WANITA DALAM MENGHARUNGI LIKU-LIKU PAHIT MANIS KEHIDUPAN MERENTASI DUA BENUA BERBEZA TETAPI KEKAL DALAM JATI DIRI SEORANG MELAYU GLOKAL.

Novel, "KABUS DI PERBUKITAN" ini akan mula digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan WP Labuan mulai tahun 2011. Novel ini merupakan novel generasi kedua selepas novel, "PUTERA GUNUNG TAHAN" yang telah digunakan sejak tahun 2001. Secara keseluruhan sinopsis cerita berkisar kepada pahit manis kehidupan watak utama novel iaitu FARIDAH sejak dilahirkan sehingga mempunyai keluarga sendiri. Ditakdirkan mempunyai kembar tetapi suratan ilahi menentukan segala-galanya apabila Faridah terpisah daripada adik kembarnya RAHAYU gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh bapanya bernama KAMARUDIN yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga. Takdir juga menentukan bahawa FARIDAH akan kehilangan RAHAYU apabila dipertemukan untuk kali kedua. Malang berganda yang menimpa FARIDAH umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya SALMAH dan suaminya, GHAZALI pula meninggal dunia. Takdir membawanya ke bumi KIWI ( New Zealand) apabila ditawarkan berkursus selama enam bulan. Takdir juga membuka hatinya untuk menerima lamaran seorang pemuda bernama SOLEH JOHNSONS dan seterusnya dikurniai dua orang puteri (juga kembar) dan memutuskan untuk terus tinggal di sana membina keluarga bahagia. Setelah 25 tahun berlalu, pelbagai peristiwa sering datang bertamu dan akhirnya mempertemukannya semula dengan AZRUL (teman rapat) arwah adiknya RAHAYU. Mereka akhirnya dipersatukan apabila anak mereka berdua membina rumah tangga bahagia. FARIDAH umpama karang yang teguh bertahan di tengah-tengah samudera yang mengganas. Hidup di bumi asing tidak sesekali menghilangkan kebangaan kepada jati diri sebagai seorang MELAYU GLOKAL.

KAYUHAN SILATURRAHIM - BUKIT JINTAN RETURN

KAYUHAN SILATURRAHIM - BUKIT JINTAN RETURN

MODE : KAYUHAN SILATURRAHIM MENCAPAI MATLAMAT ..

27 Februari 2011

mengalas perut sebelum kayuhan ..
Kali ni nak puji dua orang cameraman iaitu Beskalmurah ngan Cikgu Daud yang begitu pantas sekali mengupload gambar-gambar kayuhan silaturrahim ... selalunya .. payah nak buat report kalau tak de gambar .. terima kasih laaa .. lain kali macam ni laaa .. hehehe .. baru senang nak pilih gambar ..

easy ride .. santai dalam kelompok besar ..
Kayuhan kali ini disertai oleh Kluang MTB, Senggarang MTB, Batu Pahat MTB dan VECT sendiri yang kalau dihitung semuanya seramai 40 orang .. ramai tu .. dah macam mini jambori la pulak .. apa pun objektif untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan rider terutama di daerah Batu Pahat sangat tercapai dengan kehadiran begitu ramai peserta...

cabaran bermula dengan pendakian ..
Pagi itu kita orang sarapan di Air Hitam .. dan tempat permulaan adalah di perkarangan Masjid Kampung Haji Ghaffar (terima kasih JK Masjid dan penduduk sekitar sebab tumpang tempat parking) .. rider mula sampai dengan kenderaan dan dalam pukul 8.30 semua rider telah siap sedia dengan basikal masing-masing. Streching diketuai oleh Cikgu Daud dan bacaan doa oleh Haji Zin .. rutin laa ni ..

antara halangan yang terpaksa ditempuhi ..
Kayuhan ini adalah kali ke dua dalam sebulan ke Bukit Jintan .. rasanya masih ingat lagi treknya .. namun nasihat tetap diberikan supaya kejadian kemalangan seperti kayuhan pertama tidak berulang..

ajk makanan puan aida ..
Perjalanan bermula dengan laluan jalan tarmac .. semuanya rasa macam tak sabar nak ke depan .. ada yang kayuh laju dan ada juga rider yang play save .. kayuh perlahan bagi menjimatkan tenaga .. terutamanya rider-rider otai ....

lepak sementara menanti beberapa rider yang sesat ..
Permukaan jalan yang berbatu-batu menyukarkan rider untuk membuat pendakian, jadi tak de jalan lain selain dari menolak basikal masing-masing... mujurlah sweeper Ijam ngan Rosli yang menunggang EX5 banyak membantu rider-rider yang pancit dan yang sesat ..

semua yang berada di puncak bukit jintan
Pendakian seterusnya di Bukit Botak, melihat je bukit yang tinggi berada di depan mata telah melemahkan semangat beberapa rider.. mungkin keadaan basikal yang tidak mengizinkan maka mereka terpaksalah tunggu di bawah sahaja ..

Turun dari Bukit Botak .. layan downhill curam .. yang tak berani turun terpaksa heret basikal (ksian Rosli yang nampaknya macam serik nak nyeruntul) .. masa ni laa tayar Yaman bocor dan hangar basikal Ipan patah .. terpaksa potong rantai dan jadilah basikal fexcy ..

view menarik .. saujana mana memandang ..
Rider yang kat depan terus memecut sekitar +-40km/hour jalan tarmac menuju ke tempat permulaan .. dan yang santai sampai juga di Masjid Kampung Haji Ghaffar jam 12.30 tengahari.

layan downhill curam ..
Dan acara seterusnya ialah makan tengahari di rumah mak cik Aida KMTB .. kita orang kena nasi ambeng .. dan seterusnya majlis bersurai.. akhir sekali VECT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rider yang telah menyertai kayuhan silaturrahim .. pada yang tak berkesempatan . insyaAllah kita akan bermini jambori ini di masa akan datang .. sesungguhnya semangat berkerja sama, tolong menolong, mesra membuatkan semangat kami untuk terus berkayuh tidak akan terpadam ..

photo by :
beskalmurah & cikgu daud

report by :

../.. RMB